Pengarah syarikat, Aliza Abd Malek berkata Lian Tian Chuan individu di sebalik syarikat pembinaan peroleh kontrak bawah Jana Wibawa.Pengarah syarikat, Aliza Abd Malek berkata Lian Tian Chuan individu di sebalik syarikat pembinaan peroleh kontrak bawah Jana Wibawa.

Ahli niaga Cina di sebalik Nepturis dapat projek RM141 juta, mahkamah diberitahu

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Mahkamah KLPengarah dan Eksekutif Kanan Perolehan Nepturis Sdn Bhd, Aliza Abd Malek, memberi keterangan hari ini sebagai saksi pendakwaan ke-13 dalam bicara kes rasuah bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa seorang ahli perniagaan berbangsa Cina mengawal sebuah syarikat pembinaan yang memperoleh kontrak bernilai sekitar RM141 juta untuk membina IPD Klang Utara di bawah program Jana Wibawa, yang sepatutnya diperuntukkan kepada kontraktor Bumiputera.

Pengarah dan Eksekutif Kanan Perolehan Nepturis Sdn Bhd, Aliza Abd Malek, 46, dalam pernyataan saksinya berkata walaupun beliau dan rakan pengarah, Rizman Akum Khan, masing-masing memegang 50% pegangan saham dalam syarikat itu, Lian Tian Chuan mempunyai kawalan terhadap Nepturis melalui firma pembinaannya, Metrasys Sdn Bhd.

Ketika memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan ke-13 pada perbicaraan kes rasuah bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin, Aliza berkata, beliau mula bekerja sebagai kerani pembelian di bekas syarikat Lian, MK Construction & Communication Sdn Bhd, pada Oktober 2003 sebelum menyertai Metrasys.

Beliau berkata, pada 2018, Lian meminta beliau dan Rizman mengambil alih Nepturis dengan melantik mereka sebagai pengarah dan pemegang saham.

“Metrasys yang menyuntik modal dalam Nepturis. Jadi, saya dan Rizman perlu berbincang mengenai semua urusan operasi dengan Lian dan mendapatkan kelulusan daripadanya,” katanya.

Surat 5 syarikat untuk bida projek Klang Utara

Aliza berkata, pada Februari dan Mac 2021, Lian mengarahkannya menyediakan surat permohonan yang dialamatkan kepada perdana menteri bagi melaksanakan projek IPD Klang Utara dan projek Central Spine Road (CSR) dari Sertik ke persimpangan bertingkat Lebuhraya Pantai Timur.

“Saya mengesahkan bahawa saya tidak tahu kepada siapa surat tersebut diserahkan atau dengan siapa Lian berurusan untuk menyerahkannya. Lian tidak pernah memaklumkan atau memberitahu saya siapa yang beliau berurusan atau berhubung berkenaan dengan permohonan ini,” katanya.

Aliza juga mendakwa, Lian mengarahkan beliau menyediakan surat sama bagi pihak empat syarikat lain yang menyertai tender prakelayakan untuk projek sama, iaitu Permata Rebana Sdn Bhd, Fastcoll Corporation Sdn Bhd, JM Letrik Sdn Bhd, dan MZ Hakujaya Sdn Bhd.

Beliau berkata, Nepturis kemudiannya berjaya memperoleh projek tersebut bernilai sekitar RM141 juta, dan Lian terus memberikan arahan berkaitan projek berkenaan kepada beliau dan Rizman dari semasa ke semasa.

Semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Noralis Mat, Aliza berkata, empat syarikat tersebut merupakan rakan perniagaan Lian.

Noralis: Selepas anda sediakan surat-surat tersebut, siapa menandatanganinya?

Aliza: Pemilik syarikat masing-masing. Saya sediakan surat-surat itu dan menyerahkannya kepada pembantu peribadi mereka untuk ditandatangani pemilik berkenaan.

Persoalan struktur pegangan saham Nepturis

Semasa pemeriksaan balas oleh peguam bela Amer Hamzah Arshad, Aliza disoal mengenai kenyataannya bahawa beliau dan Rizman masing-masing memiliki 50% saham Nepturis, manakala Lian memegang 30% pegangan melalui Metrasys.

Amer: Anda kata Lian pegang 30% daripada syarikat itu, tetapi jika anda dan Rizman masing-masing 50%, jumlah keseluruhannya adalah 130%. Bagaimana perkara itu boleh berlaku?

Aliza: Di atas kertas, ia adalah 50-50 antara Rizman dan saya. Hakikatnya, ia dibahagikan antara kami bertiga: saya, Rizman, dan Lian.

Amer: Adakah anda ada sebarang dokumen menyokong dakwaan itu?

Aliza: Tidak.

Amer: Jadi, ia hanyalah perjanjian lisan semata-mata? Tiada sebarang perjanjian bertulis?

Aliza: Tidak.

Aliza juga bersetuju pengaturan didakwa itu tidak pernah didedahkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Apabila Hakim Noor Ruwena Nurdin bertanya, sama ada beliau tahu mengapa Lian membenarkan beliau dan Rizman mengambil alih Nepturis, Aliza berkata, lelaki itu mahu mereka maju dalam kerjaya masing-masing.

Muhyiddin, 78, berdepan tujuh pertuduhan berkaitan program Jana Wibawa, menjadi inisiatif kerajaan diperkenalkan semasa pandemik Covid-19 bertujuan membantu kontraktor Bumiputera.

Presiden Bersatu itu didakwa atas empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk meminta rasuah RM225.3 juta bagi partinya daripada Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis, Mamfor Sdn Bhd , dan Azman Yusoff, yang didakwa untuk Bersatu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Perdana Menteri, antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

Muhyiddin turut berdepan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM200 juta, didakwa diterima daripada Bukhary Equity dan dimasukkan dalam akaun Bersatu di AmBank dan CIMB Bank.

Kesalahan tersebut didakwa berlaku di AmBank di Petaling Jaya dan CIMB Bank di Jalan Stesen Sentral, antara 25 Feb 2021 dan 8 Julai 2022.

Perbicaraan bersambung esok.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs