Rafizi Ramli mengeluarkan garis panduan selepas calon Bersama di Perling mencetuskan kontroversi berhubung kenyataan mengenai penternakan babi.Rafizi Ramli mengeluarkan garis panduan selepas calon Bersama di Perling mencetuskan kontroversi berhubung kenyataan mengenai penternakan babi.

Rafizi minta calon Bersama lebih berdisiplin ketika berucap

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Rafizi RamliPemimpin Bersama, Rafizi Ramli, berkata calon parti itu bebas untuk bercakap isu memberi kesan kepada komuniti masing-masing, tetapi perlu mengelak daripada kritikan menjadi konfrontasi.

JOHOR BAHRU: Pemimpin Parti Bersama Malaysia, Rafizi Ramli, meminta calon parti itu lebih berdisiplin ketika berucap di khalayak ramai susulan kenyataan calon Perling, Boo Wei Han mengenai penternakan babi yang mencetuskan kontroversi.

Rafizi berkata beliau telah memberikan garis panduan terperinci kepada calon Bersama dan penceramah, sambil menegaskan mereka perlu mengemukakan isu berserta konteks yang lengkap.

“Pagi ini saya menulis panduan yang panjang kepada calon dan penceramah mengenai cara berucap, perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan, serta mesej yang ingin kita sampaikan,” katanya pada satu ceramah malam tadi.

Beliau turut mengingatkan calon supaya tidak mengulangi kesilapan sama, sambil berseloroh bahawa beliau ‘sudah penat terpaksa menjawab’ kesilapan mereka.

Dua hari lalu, Boo mempersoalkan sekatan terhadap penternakan babi ketika berucap dalam satu ceramah di Taman Pelangi dengan berhujah bahawa industri itu telah wujud sejak berdekad lamanya tanpa menimbulkan masalah kesihatan.

Calon Bersama itu turut berkata banyak keluarga bergantung kepada penternakan babi sebagai sumber pendapatan dan mempersoalkan mengapa isu tersebut dijadikan polemik politik.

Rafizi berkata beliau berpuas hati dengan ucapan yang disampaikan calon Bersama pada malam tadi kerana mereka menunjukkan keupayaan menyesuaikan diri dengan cepat walaupun hanya diberi sedikit panduan.

“Mereka ialah individu berkelayakan dan rakyat biasa yang mempunyai pengalaman hidup masing-masing. Biasanya apabila diberi peluang, mereka belajar jauh lebih pantas berbanding mereka yang sudah berpuluh tahun menjadi ahli politik,” katanya.

Beliau juga berkata kini beliau kurang bimbang terhadap penampilan calon Bersama pada ceramah akan datang.

Ketika ditemui pemberita, Rafizi berkata calon bebas membangkitkan isu yang memberi kesan kepada komuniti masing-masing, namun mereka perlu mengelakkan kritikan daripada bertukar menjadi konfrontasi.

Katanya, sebagai panduan umum, calon boleh mengkritik tetapi ia seharusnya hanya merangkumi kira-kira 10% daripada keseluruhan ucapan dan disampaikan tanpa bersifat konfrontasi.

Ceramah itu dihadiri kira-kira 100 orang, termasuk calon-calon Bersama bagi kerusi Larkin, Tiram, Johor Jaya, Puteri Wangsa dan Skudai.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

You May Also Like