Personaliti media sosial Aisyah Hijanah dilaporkan sudah memohon maaf secara terbuka susulan kontroversi itu dan menarik balik penjualan bukunya.Personaliti media sosial Aisyah Hijanah dilaporkan sudah memohon maaf secara terbuka susulan kontroversi itu dan menarik balik penjualan bukunya.

Jakim siasat dakwaan silap ayat al-Quran dalam buku ‘Wanita Syurga’

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Menteri Hal Ehwal Agama Zulkifli Hasan berkata usaha penubuhan Majlis Penerbitan Buku Agama Malaysia dijangka mampu mengelakkan kesilapan sama berulang.

PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang menyiasat dakwaan kesilapan penulisan ayat al-Quran dalam buku bertajuk ‘Wanita Syurga’.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan, berkata pihaknya mengambil serius dakwaan itu dan usaha menubuhkan Majlis Penerbitan Buku Agama Malaysia yang sedang dilaksanakan kerajaan dijangka mampu mengelakkan kesilapan sama berulang.

“Kita ingin memberi peringatan kepada semua penulis, dalam pada kita menggalakkan karya baharu berkait agama, ia perlu dipastikan kesahihannya.

“Saya mengambil maklum penulis sudah pun memohon maaf, tetapi kita ingin memastikan ia tidak akan berlaku lagi selepas ini,” katanya menurut Berita Harian selepas Konvensyen Kebangsaan Profesion Peguam Syarie 2026 di Putrajaya semalam.

Terdahulu, personaliti media sosial, Aisyah Hijanah dilaporkan memohon maaf secara terbuka susulan kontroversi itu dan menarik balik penjualan buku terbabit.

Dalam perkembangan lain, Zulkifli berkata, dana RM1.5 juta yang diperuntukkan kepada Persatuan Peguam Syarie Malaysia boleh meningkatkan representasi golongan memerlukan untuk membawa kes mereka ke Mahkamah Syariah.

“Secara umum, mereka yang menghadapi kesusahan serta tiada kewangan mencukupi boleh rujuk kepada Persatuan Peguam Syarie Malaysia untuk mendapatkan representasi.

“Mahkamah Syariah melakukan pelbagai pendekatan dan inovasi untuk memudahkan akses, antaranya pelaksanaan mahkamah laluan pantas (fast track) dengan ribuan kes berjaya diselesaikan sehari,” katanya sambil menambah usaha pendigitalan memudahkan lagi akses kepada Mahkamah Syariah.

Beliau berkata, pelaksanaan laluan pantas Mahkamah Syariah mencapai 97% kadar penyelesaian kes, manakala usaha pendigitalan perkhidmatan Mahkamah Syariah terus diperkukuhkan melalui pelaksanaan sistem e-Syariah versi 3 membabitkan modul penting e-filing dengan pendaftaran kes tanpa perlu ke kaunter mahkamah.

Market Opportunity
ArchLoot Logo
ArchLoot Price(AL)
$0.001898
$0.001898$0.001898
-1.65%
USD
ArchLoot (AL) Live Price Chart
Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Newbies:Deposit $100, Get $1,000

Newbies:Deposit $100, Get $1,000Newbies:Deposit $100, Get $1,000

Plus Up to a $50 Referral Bonus