Setiausaha agung Perikatan Nasional berkata gabungan itu menyenaraikan pelbagai tawaran menarik kepada rakyat Johor.Setiausaha agung Perikatan Nasional berkata gabungan itu menyenaraikan pelbagai tawaran menarik kepada rakyat Johor.

Ada kejutan manifesto PN, kata Takiyuddin

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
perikatan nasionalPAS bertanding 11 kerusi manakala Bersatu meletakkan 16 calon pada PRN Johor 11 Julai ini. (Gambar EPA Images)

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Takiyuddin Hassan berkata akan ada kejutan dalam manifesto PRN Johor yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Katanya, manifesto itu yang dikendalikan sepenuhnya Jawatankuasa Pilihan Raya PN menyenaraikan pelbagai tawaran menarik kepada rakyat Johor.

Bagaimanapun, beliau yang ditemui pemberita selepas mesyuarat agung tahunan PAS Kawasan Kota Bharu, malam tadi, berkata perincian tawaran dalam manifesto berkenaan belum diputuskan, lapor Berita Harian.

“Saya tidak bertanggungjawab secara langsung dalam penyediaan manifesto itu kerana urusan berkenaan dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Pilihan Raya parti. Manifesto akan diumumkan dalam tempoh terdekat. Ada kejutan,” katanya yang juga setiausaha agung PAS.

PAS bertanding 11 kerusi manakala Bersatu meletakkan 16 calon pada PRN Johor 11 Julai ini.

Sebanyak 56 kerusi menjadi rebutan pada PRN Johor dengan 14 daripadanya menyaksikan pertandingan satu lawan satu, 27 DUN membabitkan saingan tiga penjuru, 12 kerusi pertembungan empat penjuru dan tiga kawasan lagi menyaksikan saingan lima penjuru.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0,00002619
$0,00002619$0,00002619
-%3,21
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart
Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Newbies:Deposit $100, Get $1,000

Newbies:Deposit $100, Get $1,000Newbies:Deposit $100, Get $1,000

Plus Up to a $50 Referral Bonus