Empat negara itu terdiri daripada Turki, Korea Selatan dan negara di Eropah.Empat negara itu terdiri daripada Turki, Korea Selatan dan negara di Eropah.

4 negara berpotensi bekal peluru berpandu, kata Khaled

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Menteri Pertahanan Khaled Nordin berkata tawaran empat negara itu sedang dinilai berdasarkan keserasian sistem tempur kapal, tempoh penghantaran, aspek kos dan teknologi peluru berpandu.

PETALING JAYA: Empat negara dikenal pasti berpotensi membekalkan sistem peluru berpandu antikapal (NSM) selepas Norway membatalkan lesen eksport sistem persenjataan itu kepada Malaysia, kata Menteri Pertahanan, Khaled Nordin.

Beliau berkata, kementeriannya sedang menilai tawaran empat negara itu berdasarkan beberapa kriteria utama bagi memastikan sistem dipilih benar-benar memenuhi keperluan operasi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), khasnya kapal tempur pesisir (LCS).

Empat negara itu terdiri daripada Turki, Korea Selatan dan negara di Eropah. Khaled enggan mendedahkan identiti negara terbabit kerana proses penilaian masih berterusan.

“Kita ada empat negara yang sedang kita timbang. Pertimbangannya bukan secara asas atau umum, tetapi kita perlu menilai sama ada peluru berpandu yang hendak diganti itu boleh disepadukan dengan Combat Management System (CMS) pada kapal LCS.

“Kita tahu CMS dalam LCS adalah buatan Perancis. Jadi, sekarang banyak negara mengemukakan cadangan untuk menjual peluru berpandu pengganti kepada kita,” katanya menurut Berita Harian selepas Karnival Hari Keluarga Kita bersama warga Angkatan Tentera Malaysia Zon Selatan di Kluang.

Khaled berkata, selain keserasian sistem tempur kapal, kementeriannya turut menilai tempoh penghantaran yang merupakan faktor penting dalam mempercepatkan kesiapsiagaan aset TLDM.

Jelasnya, kerajaan mahu memilih pembekal yang mampu menghantar sistem itu dalam tempoh lebih singkat kerana pengalaman terdahulu menunjukkan tempahan NSM mengambil masa sehingga lapan tahun.

Menurutnya, aspek kos turut diberi perhatian bagi memastikan harga ditawarkan berpatutan dan teknologi peluru berpandu setanding atau lebih baik daripada NSM.

Kerajaan Norway dilapor menarik balik lesen eksport peluru berpandu antikapal NSM kepada Malaysia dan sistem pelancar berkaitan atas alasan melindungi keselamatan negara itu.

Menurut laman web Kongsberg Defence & Aerospace, kontrak perolehan NSM dimeterai antara TLDM dan syarikat itu pada April 2018 bernilai €124 juta (RM571.9 juta) bagi melengkapkan enam LCS baharu.

Susulan itu, Malaysia menghantar notis tuntutan lebih RM1 bilion kepada sebuah syarikat pertahanan Norway dan sedang menunggu maklum balas kerajaannya.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0,00002717
$0,00002717$0,00002717
+0,40%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart
Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Newbies:Deposit $100, Get $1,000

Newbies:Deposit $100, Get $1,000Newbies:Deposit $100, Get $1,000

Plus Up to a $50 Referral Bonus