Naib Presiden LDP David Ong berkata, GRS mesti pegang teguh pada matlamat penubuhannya sebagai gabungan parti tempatan perjuang hak Sabah.Naib Presiden LDP David Ong berkata, GRS mesti pegang teguh pada matlamat penubuhannya sebagai gabungan parti tempatan perjuang hak Sabah.

Logo GRS hanya untuk parti Sabah, bukan PH, kata pemimpin LDP

2026/06/11 18:20
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
grs benderaNaib Presiden LDP David Ong berkata, calon PH yang mahu bertanding atas tiket GRS harus terlebih dahulu tinggalkan parti mereka dan sertai komponen GRS. (Gambar Bernama) 

PETALING JAYA: Seorang pemimpin komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, logo gabungan itu eksklusif untuk parti Sabah yang menganggotai GRS.

Naib Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) David Ong berkata, calon Pakatan Harapan (PH) yang mahu bertanding atas tiket gabungan Sabah itu harus terlebih dahulu meninggalkan PH dan menyertai komponen GRS.

“Tindakan pihak yang kekal sebagai ahli parti politik Semenanjung bertanding di bawah panji GRS tidak selari dengan semangat dan identiti gabungan itu,” katanya, lapor Borneo Post.

“Logo GRS milik komponen GRS. Tiada individu atau parti politik luar patut anggap mereka berhak guna logo GRS semata-mata kerana ia mungkin beri kelebihan politik.”

Ong menambah, lambang GRS lebih daripada sekadar logo, sebaliknya ia mewakili aspirasi rakyat Sabah untuk memperoleh suara yang lebih kuat dalam mencorakkan masa depan negeri, serta menjaga hak-haknya di bawah perlembagaan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“GRS mesti pegang teguh matlamat penubuhannya sebagai gabungan parti tempatan yang memperjuangkan hak, autonomi dan pembangunan Sabah.

“Rakyat Sabah sokong GRS kerana ia mewakili gerakan politik tempatan yang mengutamakan kepentingan Sabah,” katanya.

PH Sabah sebelum ini menafikan ada membincangkan penggunaan logo GRS pada PRU16, menyifatkan laporan berita berhubung dakwaan itu sebagai ‘mengelirukan’.

Ketuanya, Mustapha Sakmud dilaporkan menolak kemungkinan menggunakan logo GRS tetapi berkata, perkara itu belum dibincangkan secara rasmi dalam PH Sabah.

시장 기회
Particle Network 로고
Particle Network 가격(PARTI)
$0.05996
$0.05996$0.05996
+0.50%
USD
Particle Network (PARTI) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel