Ketua penerangan PKR berkata, Ahli Parlimen PJ sepatutnya guna MPP sebagai platform kongsi pandangan berbeza mengenai hala tuju parti.Ketua penerangan PKR berkata, Ahli Parlimen PJ sepatutnya guna MPP sebagai platform kongsi pandangan berbeza mengenai hala tuju parti.

Fahmi kesal Lee letak jawatan MPP

2026/06/12 18:18
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
fahmi fadzilKetua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata, MPP parti rangkumi ahli-ahli yang mempunyai pendapat berbeza. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil menyuarakan rasa kesal atas peletakan jawatan Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung daripada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu hari ini.

Fahmi yang juga menteri komunikasi berkata, Lee sepatutnya menggunakan majlis itu sebagai platform untuk berkongsi pandangan berbeza mengenai hala tuju parti.

Katanya, majlis tersebut merangkumi ahli yang mempunyai pendapat berbeza, termasuk bekas Adun Bukit Lanjan Elizabeth Wong.

“Seringkali dalam mesyuarat-mesyuarat MPP, (Wong) menyatakan pandangan yang jauh berbeza daripada pandangan presiden ataupun yang lain, katanya pada sidang media kementeriannya hari ini.

“(Wong) pada satu ketika, daripada kumpulan yang dikatakan berbeza, tetapi beliau tetap datang (mesyuarat), dan tetap berpegang pada prinsip untuk menyatakan pendirian … platform itulah yang beliau gunakan untuk pastikan parti kekal di landasan yang betul.”

Lee sepatutnya melakukan perkara yang sama, kata Fahmi.

Fahmi juga berkata, Lee perlu menjelaskan keputusannya untuk meninggalkan majlis itu kepada pengundi Petaling Jaya, khususnya ahli PKR.

Awal hari ini, Lee mengumumkan meletak jawatan daripada majlis yang merupakan badan pembuat keputusan tertinggi parti, namun berkata beliau akan kekal sebagai ahli PKR dan terus berkhidmat sebagai Ahli Parlimen sehingga Parlimen dibubarkan.

Beliau membuat keputusan sedemikian seminggu selepas beliau kehilangan akses kepada MyKhas, portal yang menguruskan peruntukan Parlimen.

Lee berkata, penarikan balik aksesnya pada 29 Mei telah ‘menghukum’ pengundi Petaling Jaya kerana menghalangnya daripada menguruskan dana dan program kawasan.

Menjawab dakwaan itu, Fahmi berkata, Lee tidak membangkitkan perkara tersebut kepadanya.

“Dalam apa-apa perkara, boleh datang berbincanglah … hendak seribu daya, tak nak seribu dalih,” tambahnya.

시장 기회
Love Earn Enjoy 로고
Love Earn Enjoy 가격(LEE)
$1
$1$1
0.00%
USD
Love Earn Enjoy (LEE) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel