Program 'Jom Qiam & Layan Bola' menggabungkan minat pada bola sepak dengan pengisian kerohanian.Program 'Jom Qiam & Layan Bola' menggabungkan minat pada bola sepak dengan pengisian kerohanian.

Piala Dunia di Masjid Al-Falah USJ 9

2026/06/13 11:04
3분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Piala Dunia di Masjid Al Falah USJ 9 fb pic 13626Perlawanan ditayangkan di dewan makan masjid yang dikenali ‘World Cup Corner’ dengan penyediaan makanan dan minuman percuma. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Biasanya restoran mamak menjadi pilihan peminat bola sepak untuk menyaksikan perlawanan pasukan kegemaran mereka dan pada musim Piala Dunia lokasi berkenaan sememangnya cukup meriah.

Namun, pada kejohanan Piala Dunia kali ini, peminat sukan itu khususnya di kawasan sekitar Subang Jaya, ada pilihan lain iaitu Masjid Al-Falah USJ 9, yang membawa kemeriahan tersebut ke pekarangan masjid menerusi program ‘Jom Qiam & Layan Bola’.

Menggabungkan minat pada bola sepak dengan pengisian kerohanian, program anjuran jawatankuasa pengurusan masjid menerusi biro pemudanya bawah jenama Al-Falah Youth, menawarkan pengalaman unik kepada anak muda ‘kaki bola’ khususnya.

Piala Dunia di Masjid Al Falah USJ 9 fb pic 13626 2Program lazimnya dimulakan kira-kira 30 minit sebelum sepak mula menerusi tazkirah ringkas dan solat sunat. (Gambar Facebook)

Selain menonton perlawanan secara berkumpulan, peserta turut mengikuti qiamullail, tazkirah, solat sunat dan solat berjemaah, sekali gus menjadikan malam bola sepak lebih bermakna.

Nazir Masjid Al-Falah, Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata idea program tersebut lahir daripada pemerhatiannya terhadap budaya peminat bola sepak yang gemar berkumpul beramai-ramai untuk menyaksikan perlawanan.

Sebagai peminat sukan itu sendiri, beliau melihat minat yang dikongsi ramai anak muda boleh dimanfaatkan sebagai platform untuk mendekatkan mereka dengan institusi masjid dalam suasana santai dan mesra.

“Daripada kita biarkan anak-anak muda berkumpul di luar hingga lewat malam untuk menonton bola sepak, lebih baik kita sediakan ruang di masjid yang bukan sahaja membolehkan mereka menikmati perlawanan, tetapi turut mengisi masa dengan ibadah.

“Kita tidak menjadikan bola sepak sebagai fokus utama, sebaliknya menjadikannya pintu masuk untuk membawa mereka lebih dekat dengan masjid,” katanya ketika ditemui pada program itu.

Bagi memastikan aktiviti menonton tidak mengganggu jemaah yang beribadat di ruang solat utama, perlawanan ditayangkan di dewan makan masjid yang dikenali sebagai ‘World Cup Corner’ dengan penyediaan makanan dan minuman percuma serta kuiz berhadiah seperti jersi dan bola sepak.

Syed Zainal yang juga pengerusi Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) berkata, pendekatan digunakan sengaja dirancang secara santai tanpa pengisian yang terlalu berat, khususnya bagi memberi peluang kepada golongan muda membiasakan diri dengan suasana masjid.

“Kita mulakan dengan perkara yang ringan dahulu dan apa lebih penting anak-anak ini hadir, mengenali masjid, menjaga adab dan bersama-sama menunaikan solat berjemaah.

“Apabila mereka sudah selesa dengan persekitaran masjid, lebih mudah untuk kita membawa mereka kepada pengisian yang lebih mendalam pada masa depan,” katanya.

Medium dekatkan anak muda dengan masjid

Program lazimnya dimulakan kira-kira 30 minit sebelum sepak mula menerusi tazkirah ringkas dan solat sunat, diikuti sesi menonton perlawanan yang berlangsung hingga awal pagi sebelum peserta berkumpul untuk menunaikan solat subuh berjemaah.

Menariknya, waktu rehat perlawanan turut dimanfaatkan dengan aktiviti kerohanian seperti solat sunat, perkongsian ringkas dan sesi interaksi sesama peserta sebelum tontonan diteruskan.

Beliau berkata, sambutan diterima membuktikan program berasaskan sukan mempunyai potensi besar sebagai medium mendekatkan golongan muda dengan masjid serta mengukuhkan hubungan komuniti, termasuk keluarga dan bukan Islam yang ingin melihat sendiri peranan masjid sebagai ruang komuniti yang aktif dan inklusif.

Pada masa sama, Syed Zainal berharap lebih banyak masjid dapat meneroka pendekatan kreatif yang sesuai dengan keperluan semasa tanpa mengetepikan fungsi utamanya sebagai pusat ibadat dan pembangunan ummah.

“Masjid perlu terus relevan serta menjadi ruang yang mampu menyatukan pelbagai lapisan masyarakat, termasuk keluarga dan bukan Islam yang ingin melihat sendiri peranan masjid sebagai ruang komuniti yang aktif dan inklusif,” kata tokoh korporat yang pernah menerajui Perodua Auto Corporation Sdn Bhd dan juga pengarah urusan Kumpulan Proton Holdings Bhd.

시장 기회
ArchLoot 로고
ArchLoot 가격(AL)
$0.002133
$0.002133$0.002133
-0.04%
USD
ArchLoot (AL) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel