Polis Kelantan berkata kumpulan sindiket dikesan mempelajari jadual penugasan bagi mencari peluang menceroboh.Polis Kelantan berkata kumpulan sindiket dikesan mempelajari jadual penugasan bagi mencari peluang menceroboh.

Polis tukar taktik susulan sindiket ‘intip’ jadual rondaan sempadan

2026/06/13 14:06
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
sempadan thailand malaysia kelantanKetua Polis Kelantan Mohd Yusoff Mamat berkata integriti pegawai dan anggota bertugas di kawalan sempadan kekal pada tahap tinggi dan tiada sebarang kes kebocoran maklumat dikesan. (Gambar Bernama)

KOTA BHARU: Polis Kelantan merombak taktik jadual rondaan di sempadan Malaysia-Thailand selepas mengesan tindakan licik kumpulan sindiket yang membuat kajian terperinci bagi mengintip masa kawalan dan jadual penugasan pihak berkuasa.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusoff Mamat, berkata kumpulan sindiket dikesan mempelajari jadual penugasan bagi mencari peluang menceroboh dan membuka laluan melalui kawat duri di kawasan pangkalan haram yang telah dirobohkan sebelum ini.

Beliau berkata, susulan penemuan taktik itu, pihaknya mengadakan perbincangan bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) ketika mengadakan lawatan kira-kira dua bulan lepas, bagi mengubah taktik jadual rondaan sedia ada termasuk beralih kepada kawalan secara statik.

“Setakat ini kesan kerosakan akibat sabotaj kawat duri berkenaan tidak berkembang dan kekal di empat kawasan lama sahaja, yang kini telah pun dibaiki sepenuhnya,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Mengulas mengenai aspek keselamatan dalaman, Yusoff menegaskan tahap integriti pegawai dan anggota yang bertugas di kawalan sempadan ketika ini kekal berada pada tahap yang tinggi dan tiada sebarang kes kebocoran maklumat dikesan.

Bagaimanapun, polis sentiasa memantau rapat perkara itu agar sebarang bentuk salah laku kekal berada dalam radar pengawasan pihak kontinjen.

“Sebagai langkah pengawasan berlapis ekoran kebimbangan terhadap isu-isu integriti, IPK Kelantan telah menubuhkan sebuah pasukan petugas yang diletakkan secara langsung di bawah seliaan ketua polis Kelantan, bagi memantau sebarang salah laku di bawah penguatkuasaan.

“Pasukan khas ini ditubuhkan untuk melakukan semakan imbang supaya pihak pengurusan tidak hanya bergantung 100% kepada unit di lapangan,” katanya.

Yusoff berkata, struktur pasukan ini diketuai seorang pegawai berpangkat ACP dan bergerak berdasarkan arahan terus daripada ketua polis Kelantan sendiri.

Mengenai tempoh tugasan anggota di sempadan, beliau menjelaskan urusan penugasan anggota PGA dikawal selia sepenuhnya oleh komander briged tenggara yang berpusat di Kuantan, Pahang.

Yusoff berkata, sistem penggiliran tugas itu dilaksanakan sebulan sekali, yang melibatkan tiga batalion utama iaitu Batalion 7 di Terengganu, Batalion 8 di Pengkalan Chepa dan Batalion 9 di Kuantan.

Beliau berkata, jika Batalion 8 sedang dalam tempoh tidak beroperasi atau bercuti, unit risik mereka tetap akan digerakkan untuk melakukan rondaan bantuan kepada batalion lain, yang sedang beroperasi di sempadan ketika itu.

시장 기회
스타 아틀라스 다오 로고
스타 아틀라스 다오 가격(POLIS)
$0.01087
$0.01087$0.01087
0.00%
USD
스타 아틀라스 다오 (POLIS) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel