PAS juga tidak ada masalah sekiranya Parti Wawasan Negara berhasrat menyertai PN, kata Presiden Hadi Awang.PAS juga tidak ada masalah sekiranya Parti Wawasan Negara berhasrat menyertai PN, kata Presiden Hadi Awang.

Kekal atau keluar terpulang pada Bersatu, kata Hadi, Samsuri selepas majlis parti baharu Hamzah

2026/06/13 19:18
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
samsuri mokhtar hadi awangPresiden PAS Hadi Awang dan Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar berkata terpulang kepada Bersatu untuk kekal atau keluar daripada PN. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Terpulang kepada Bersatu untuk keluar atau kekal dalam Perikatan Nasional (PN), kata Presiden PAS Hadi Awang dan Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar selepas pelancaran parti baharu Hamzah Zainudin petang tadi.

Mereka berkata demikian ketika ditanya pada sidang media adakah PN akan terima Parti Wawasan Negara (Wawasan) menyertai gabungan itu.

Hadi ketika menjawab pertanyaan yang ditujukan kepadanya berkata: “Kita PAS dah bersetuju dan kita dah berpisah dengan Bersatu.”

“Jadi terpulanglah kepada dia (Bersatu) nak keluar atau nak serah lagi, tapi Wawasan nak masuk PN, tidak ada masalah.”

Samsuri mencelah untuk menerangkan proses menyertai PN. “Prosesnya mana-mana parti yang ingin memohon masuk ke dalam PN perlu membuat permohonan dan kita akan adakan mesyuarat.”

Beliau senada dengan Hadi berhubung Bersatu. “Terpulang kepada parti itulah untuk kekal dalam PN atau mengeluarkan diri dia dalam PN.”

Dalam pada itu, Samsuri meminta media menunggu mesyuarat akan datang, ketika ditanya sama ada Bersatu akan disingkirkan daripada PN. “Kita tengok mesyuarat akan datang,” katanya.

Ditanya sama ada PN menetapkan hala tuju baharu dalam perjalanan politiknya susulan pelancaran Wawasan, Samsuri berkata ia akan dibincangkan dengan parti-parti komponen PN.

“Kita akan bincangkan secara bersama dengan parti-parti kompenan dalam PN. Kita tidak buat keputusan sendiri-sendiri, kita buat cara musyawarah bersama rakan yang setia dengan PN,” katanya.

Hamzah, yang juga Ahli Parlimen Larut, melancarkan Wawasan pada majlis yang dihadiri Hadi, Samsuri, Presiden Gerakan Dominic Lau, dan beberapa Ahli Parlimen Bersatu dikaitkan dengannya, seperti Ronald Kiandee (Beluran) dan Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah).

Pelancaran ini empat bulan selepas beliau dipecat Bersatu susulan krisis kepimpinan dengan Presiden Muhyiddin Yassin. Hamzah memegang jawatan timbalan presiden Bersatu sebelum dipecat.

Hamzah memberitahu hadirin bahawa nama parti baharu diberikan oleh Hadi, dan pihaknya mahu terlibat dengan PN.

시장 기회
Particle Network 로고
Particle Network 가격(PARTI)
$0.06005
$0.06005$0.06005
+1.40%
USD
Particle Network (PARTI) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel