Tetapi, penganalisis berbeza pendapat tentang masa sesuai memperkenalkan muka baharu bagi menyegarkan parti itu.Tetapi, penganalisis berbeza pendapat tentang masa sesuai memperkenalkan muka baharu bagi menyegarkan parti itu.

DAP NS bergantung pada penyandang strategi paling selamat, kata penganalisis

2026/06/14 08:30
3분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
kongres ke 18 dapSejak 2013, DAP menang semua 11 kerusi DUN ditandinginya di Negeri Sembilan dan membantu Pakatan Harapan serta Barisan Nasional menguasai 31 daripada 36 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri pada PRU15.

PETALING JAYA: Penganalisis berkata, keputusan DAP Negeri Sembilan mengekalkan kebanyakan penyandangnya pada PRN akan datang strategi paling selamat untuk mempertahankan kerusinya.

Syaza Shukri berkata, tahap keakraban pengundi dengan penyandang Adun DAP akan memberi kelebihan kepada parti itu dalam pertandingan sengit, manakala Chin Yee Mun berpendapat DAP perlu bergantung kepada pengaruh wakil rakyatnya susulan iklim politik semasa.

Syaza Shukri.Syaza Shukri.

Syaza memberitahu FMT, penyandang lazimnya mempunyai kelebihan kerana pengundi sudah boleh menilai prestasi mereka.

“Bagi parti lama seperti DAP, mengutamakan penyandang mungkin lebih berkesan kerana orang ramai mengenali mereka, sudah biasa dengan mereka dan dapat menilai rekod prestasi mereka,” kata penganalisis dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu.

Rabu lalu, Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook, mengumumkan parti itu akan mengekalkan majoriti penyandangnya sambil memperkenalkan beberapa calon baharu untuk PRN 1 Ogos nanti.

Katanya, senarai calon kini di peringkat akhir dan akan diumumkan dalam beberapa hari lagi, sambil menambah pengumuman awal akan memberi masa kepada calon membuat persediaan dan membiasakan diri dengan kawasan mereka.

DAP mempertahankan semua 11 kerusi DUN yang ditandinginya di Negeri Sembilan sejak 2013. Pada PRN 2023, ia membantu Pakatan Harapan dan Barisan Nasional menguasai 31 daripada 36 kerusi DUN untuk membentuk kerajaan negeri.

Parti itu dijangka mempertahankan 11 kerusinya pada PRN akan datang.

Cukup kuat untuk uji keadaan

Syaza berpendapat, rekod kukuh DAP di Negeri Sembilan membolehkannya menguji keadaan dengan muka baharu dan pengundi mungkin tidak akan melihat langkah itu sebagai kelemahan.

Tetapi, katanya, muka baharu perlu diperkenalkan di kerusi lebih selamat sebagai sebahagian daripada proses peralihan beransur-ansur.

“Parti itu boleh mempertimbangkan meletak muka baharu di kerusi yang boleh dimenangi dan calon lebih berpengalaman di kerusi marginal. Ini mungkin formula kemenangan.”

Menurutnya, terlalu bergantung kepada muka lama boleh memberi gambaran parti itu tidak memperbaharui dirinya, walaupun beliau percaya itu tidak mungkin menyebabkan DAP kehilangan undi yang ketara.

“DAP, khususnya di Negeri Sembilan di mana ia kuat, dilihat sebagai parti ‘dinosaur’ tanpa muka baharu. Bahayanya lebih kepada persepsi, tetapi dari segi undian, saya fikir ia tidak akan memberi kesan besar.

“Lebih ramai calon baharu akan memberi isyarat keyakinan terhadap peralihan dan menjamin kelangsungan jangka panjang DAP di Negeri Sembilan.”

Terlalu berisiko buat perubahan

Chin Yee MunChin Yee Mun.

Chin dari Universiti Tunku Abdul Rahman berkata, walaupun DAP perlu merangka pelan peralihan dan menyediakan ruang kepada pemimpin muda muncul, PRN akan datang bukan masa sesuai melakukan perubahan besar-besaran.

Ini kerana, katanya, pengundi kelihatan kurang yakin terhadap parti itu berdasarkan respons di media sosial dan prestasi buruknya dalam PRN Sabah November lalu, menjadikan calon sudah dikenali pilihan lebih selamat.

“Dalam keadaan sedemikian, keputusan DAP mengekalkan sebahagian besar penyandang kedengaran logik. Ini bukan masa untuk buat perubahan. PRN Negeri Sembilan kali ini bukan medan untuk berbuat demikian, ia terlalu berisiko.”

시장 기회
카타나 이누 로고
카타나 이누 가격(KATA)
$0.00002709
$0.00002709$0.00002709
-0.07%
USD
카타나 이누 (KATA) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel