Pengerusi PH berkata ada cubaan menjatuhkan kerajaan Negeri Sembilan di sebalik kestabilan politik dan ekonomi negeri.Pengerusi PH berkata ada cubaan menjatuhkan kerajaan Negeri Sembilan di sebalik kestabilan politik dan ekonomi negeri.

Ada unsur khianat di NS, Anwar beritahu Zahid

2026/06/14 13:38
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
zahid hamidi n anwar ibrahimPengerusi PH Anwar Ibrahim berkata ada usaha tertentu untuk menggugat kestabilan kerajaan Negeri Sembilan, walaupun Pengerusi BN Zahid Hamidi menafikan dakwaan itu.

PUTRAJAYA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim menegaskan ada unsur pengkhianatan di Negeri Sembilan, walaupun rakan sejawatnya dari Barisan Nasional (BN), Zahid Hamidi menepis dakwaan itu.

Anwar berkata, ada usaha tertentu untuk menggugat pentadbiran Menteri Besar Aminuddin Harun yang pada asalnya stabil.

“Saya bagi kenyataan (sebelum ini) dalam menjayakan kerjasama (PH-BN) di negara ini, jangan ada unsur pengkhianatan. Kalau tak khianat, baguslah.

“Tetapi, dalam pengalaman kita di Negeri Sembilan, tentunya ada usaha…dalam keadaan stabil politiknya, ekonominya, ada usaha-usaha untuk menjatuhkan (kerajaan).

“Bagi saya, ada sedikit pengkhianatan,” kata perdana menteri selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-10 Koperasi Profesional Putrajaya Berhad di sini.

Semalam, Zahid menafikan Umno mengkhianati PH di Negeri Sembilan kerana parti itu akhirnya mengarahkan 14 Adunnya, yang pada mulanya menarik sokongan mereka, terus menyokong pentadbiran Aminuddin.

Presiden Umno itu berkata, partinya bersetuju menyokong Aminuddin sehingga akhir penggal, tetapi menteri besar berhak meminta pembubaran Dewan Undangan Negeri untuk memberi laluan kepada PRN.

PRN Negeri Sembilan akan diadakan 1 Ogos ini, dengan PH dan BN bakal bertembung satu sama lain, walaupun mereka merupakan sekutu di Putrajaya.

Anwar yang juga presiden PKR mengulangi fokusnya kekal pada pertumbuhan ekonomi dan menangani kebimbangan rakyat mengadakan PRU16 lebib awal.

Katanya, lebih baik menghabiskan beberapa bulan akan datang dengan memfokuskan krisis ekonomi global daripada sibuk dengan pilihan raya.

시장 기회
카다노 로고
카다노 가격(ADA)
$0.1669
$0.1669$0.1669
-4.62%
USD
카다노 (ADA) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel