Parti Sedar Rakyat Sarawak kata ia mohon pertukaran nama kepada Parti Wawasan Rakyat pada April tahun ini.Parti Sedar Rakyat Sarawak kata ia mohon pertukaran nama kepada Parti Wawasan Rakyat pada April tahun ini.

Nama ‘Wawasan’ sudah diambil, parti Sarawak beritahu Hamzah

2026/06/14 17:14
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Presiden Sedar, Affendi Jeman, kata kongres partinya meluluskan pertukaran nama kepada Parti Wawasan Rakyat pada Februari. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Parti Sedar Rakyat Sarawak (Sedar) mendakwa mereka telah meluluskan pindaan untuk menukar nama parti kepada Parti Wawasan Rakyat, sekaligus berpotensi menimbulkan isu dengan parti baharu Hamzah Zainudin, Parti Wawasan Negara.

Presiden Affendi Jeman menggesa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) menangani isu ini, memandangkan parti tersebut telah memohon secara rasmi untuk menukar nama pada 8 April tahun ini.

Menurutnya, pertukaran nama itu itu diluluskan secara sebulat suara oleh perwakilan kongres tahunan Sedar pada Februari, lapor Dayak Daily.

“Kami berharap JPPM akan menangani pertindihan nama ini,” katanya.

Semalam, Hamzah mengumumkan beliau menyertai sebuah parti baharu, dikenali sebagai Parti Wawasan Negara, yang akan mengadakan perhimpunan agung pertama minggu depan.

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, beritahu FMT bahawa Hamzah mengambil alih sebuah parti, namun tidak mendedahkan nama asal.

Bersatu memecat keahlian Hamzah pada Februari susulan kemelut dengan Presiden Muhyiddin Yassin. Perkembangan itu disusuli dengan pemecatan dan penggantungan beberapa pemimpin parti dan wakil rakyat yang dikaitkan dengan Hamzah.

Sehari selepas pemecatan, bekas timbalan presiden Bersatu itu melancarkan gerakan ‘Reset’, yang mengadakan konvensyen pertama semalam.

Konvensyen itu dihadiri oleh 13 Ahli Parlimen yang pada masa ini masih bersama Bersatu.

시장 기회
Particle Network 로고
Particle Network 가격(PARTI)
$0.05864
$0.05864$0.05864
-1.70%
USD
Particle Network (PARTI) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel