MetMalaysia maklum cuaca buruk itu diramal berlaku di seluruh Perlis, Pulau Pinang, Perak serta Kuala Lumpur.MetMalaysia maklum cuaca buruk itu diramal berlaku di seluruh Perlis, Pulau Pinang, Perak serta Kuala Lumpur.

Amaran ribut petir, hujan lebat hampir seluruh negara hingga 9 malam

2026/06/14 18:20
1분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
lightning petir kilatMetMalaysia beri amaran cuaca buruk dijangka berlaku di seluruh negara hingga 9 malam ini. (Gambar Envato Elements)

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hampir di semua negeri dan Kuala Lumpur hingga 9 malam ini.

MetMalaysia menerusi amaran pada 4.35 petang memaklumkan cuaca buruk itu diramal berlaku di seluruh Perlis, Pulau Pinang, Perak serta Kuala Lumpur.

Di Kedah, kawasan terlibat ialah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Kelantan hanya melibatkan Gua Musang.

Bagi Pahang, amaran meliputi Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Bera serta Rompin manakala di Selangor melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

Di Negeri Sembilan, kawasan terjejas ialah Jelebu, Jempol dan Tampin, manakala di Melaka melibatkan Jasin serta beberapa daerah di Johor, iaitu Tangkak, Segamat, Muar, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Bagi Sarawak, kawasan diramal mengalami cuaca itu ialah Sebauh (Bintulu), Beluru, Telang Usan, Miri dan Marudi (Miri) serta seluruh bahagian Limbang.

Di Sabah pula amaran dikeluarkan bagi seluruh bahagian Pedalaman dan Pantai Barat, selain Tongod serta Telupid (Sandakan) dan Kota Marudu (Kudat).

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel