Pemuda PAS Kelantan berkata Bersatu gagal baca angin perubahan politik yang besar dalam PN.Pemuda PAS Kelantan berkata Bersatu gagal baca angin perubahan politik yang besar dalam PN.

Hamzah kembali ketua pembangkang pukulan ‘KO’ pada Bersatu

2026/06/14 23:37
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Hamzah ZainudinKetua Pemuda PAS Kelantan Mohd Firdaus Mohamed Nawi berkata pengumuman Hamzah Zainudin sebagai ketua pembangkang beri mesej jelas Bersatu pula semakin hilang nilai dan pengaruh dalam PN.

PETALING JAYA: Pemuda PAS Kelantan berkata pengumuman Hamzah Zainudin kembali sebagai ketua pembangkang oleh Presiden PAS, Hadi Awang ketika konvensyen Reset semalam adalah satu pukul ‘KO’ kepada Bersatu.

Ketuanya Mohd Firdaus Mohamed Nawi berkata, kritikan bekas pegawai kanan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin terhadap pengumuman itu juga menunjukkan beliau gagal membaca angin perubahan politik yang sedang berlaku dalam Perikatan Nasional (PN).

Katanya, pengumuman Hadi itu bukan sekadar pengumuman biasa, sebaliknya membawa mesej politik yang lebih besar terhadap kedudukan parti dalam blok pembangkang.

“Pengumuman presiden PAS meletakkan Hamzah sebagai ketua pembangkang ketika konvensyen Reset bukan sekadar pengumuman biasa, tetapi satu pukulan ‘KO’ kepada Bersatu sendiri.

“Ia memberi mesej jelas bahawa PAS masih menjadi kuasa utama yang menentukan arah politik pembangkang manakala Bersatu pula semakin hilang nilai dan pengaruh,” katanya dalam kenyataan menurut Sinar Harian.

Semalam, Marzuki Mohamad yang juga bekas pegawai kanan Muhyiddin berkata Hadi mempunyai ciri-ciri ‘supreme leader’ selepas mengumumkan dua perkara menyentuh PN.

Beliau merujuk pengumuman Hadi bahawa PAS bersetuju untuk meneruskan Hamzah sebagai ketua pembangkang, dan Wawasan akan menggunakan lambang PN pada PRN Johor dan Negeri Sembilan.

Wawasan merupakan parti baharu Hamzah, dilancar dalam majlis yang dirasmikan Hadi dan turut dihadiri Presiden Gerakan, Dominic Lau dan Presiden MIPP, P Punithan

Firdaus berkata kehadiran pemimpin komponen PN itu juga menunjukkan Bersatu semakin terpinggir.

“Saya tidak pasti sama ada orang kanan Muhyiddin ini gagal membaca angin perubahan politik ataupun masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa partinya semakin tenggelam akibat sikap sebahagian besar pimpinan mereka yang terlalu ‘berkhayal’ dengan permainan politik sendiri tanpa melihat realiti akar umbi,” katanya.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel