Ketua Polis Negara Khalid Ismail berkata kes tipu meningkat 87% tahun lalu sambil menyifatkan phone scam sebagai ancaman utama.Ketua Polis Negara Khalid Ismail berkata kes tipu meningkat 87% tahun lalu sambil menyifatkan phone scam sebagai ancaman utama.

RM2.97 bilion kerugian ‘scam’ dalam talian pada 2025

2026/06/15 12:56
1분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
scammerKetua Polis Negara Khalid Ismail, berkata penipuan pelaburan tidak wujud mencatatkan nilai kerugian tertinggi iaitu RM1.47 bilion pada 2025.

PETALING JAYA: Kerugian akibat jenayah penipuan dalam talian melambung kepada RM2.97 bilion tahun lalu, berbanding RM1.57 bilion pada 2024, kata Ketua Polis Negara Khalid Ismail.

Katanya, phone scam kekal sebagai ancaman utama dengan jumlah keseluruhan penipuan dalam talian melibatkan 66,204 pada 2025, meningkat 87%, berbanding 35,368 kes pada 2024.

“Daripada jumlah itu, phone scam kekal sebagai ancaman utama dengan 28,388 kes (pada 2025), manakala penipuan pelaburan tidak wujud mencatatkan nilai kerugian tertinggi iaitu RM1.47 bilion bagi tempoh sama.

“Angka-angka ini bukan sekadar statistik di atas kertas, tetapi ia adalah cerminan kepada ribuan mangsa yang terjejas punca pendapatan dan masa depan mereka akibat kelicikan sindiket penipuan,” katanya menurut Kosmo.

Khalid Ismail.

Beliau berkata, sindiket sentiasa memperbaharui taktik dan kaedah operasi dengan mengeksploitasi kemajuan teknologi serta kecanggihan platform komunikasi moden.

Khalid turut menyeru seluruh masyarakat agar sentiasa mengamalkan sikap waspada dalam setiap urusan kewangan, khususnya transaksi dalam talian.

“Jangan mudah terpedaya dengan panggilan, mesej atau tawaran yang meragukan. Prinsipnya mudah, semak, dan sahkan setiap maklumat melalui saluran rasmi sebelum mengambil tindakan.

“Kepekaan adalah benteng pertahanan pertama bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.”

시장 기회
Bilibili 로고
Bilibili 가격(BILION)
--
----
USD
Bilibili (BILION) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel