Syarikat itu berkata status berkenaan mencerminkan komitmennya menyediakan perkhidmatan perbandingan dan pembaharuan insurans yang lebih telus, selamat serta memudahkanSyarikat itu berkata status berkenaan mencerminkan komitmennya menyediakan perkhidmatan perbandingan dan pembaharuan insurans yang lebih telus, selamat serta memudahkan

Bank Negara Malaysia luluskan BJAK

2026/06/16 10:00
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Pengguna boleh membandingkan pelan daripada sehingga 16 syarikat insurans dan pengendali takaful di bawah platform BJAK.

PETALING JAYA: Platform insurans terbesar di Malaysia, BJAK kini berstatus penasihat kewangan diluluskan Bank Negara Malaysia (BNM).

Syarikat itu berkata status berkenaan mencerminkan komitmennya menyediakan perkhidmatan perbandingan dan pembaharuan insurans yang lebih telus, selamat serta memudahkan pengguna membuat keputusan berdasarkan keperluan masing-masing.

Menurut BJAK, menerusi platformnya pengguna boleh membandingkan pelan daripada sehingga 16 syarikat insurans dan pengendali takaful berdasarkan harga, perlindungan serta manfaat ditawarkan sebelum memperbaharui polisi kenderaan.

“Dalam era peningkatan penipuan dalam talian dan maklumat mengelirukan, rakyat Malaysia disarankan menyemak kesahihan penyedia perkhidmatan kewangan sebelum membuat pembayaran atau berkongsi maklumat peribadi secara dalam talian.

“Memilih platform yang dikawal selia dan dipercayai dapat membantu pengguna membuat keputusan kewangan dengan lebih selamat dan yakin,” katanya dalam kenyataan.

Selain perbandingan insurans, BJAK turut menawarkan perkhidmatan pembaharuan cukai jalan secara dalam talian bagi memudahkan rakyat Malaysia menguruskan komitmen berkaitan kenderaan secara digital.

Katanya, pendekatan itu membantu pengguna mengelakkan pembaharuan secara terburu-buru tanpa menilai pilihan lain yang mungkin menawarkan nilai atau perlindungan lebih baik.

BJAK turut menyarankan pengguna mengambil empat langkah terbabit:

  • Membanding sebelum memperbaharui dan tidak terus menerima tawaran pertama diterima
  • Memilih platform dipercayai dan dikawal selia untuk urusan kewangan
  • Memahami perlindungan dan manfaat polisi sebelum membuat pembelian
  • Membandingkan pelbagai syarikat insurans dan takaful bagi mendapatkan nilai dan perlindungan lebih baik

Layari BJAK.com untuk maklumat lanjut.

시장 기회
Lorenzo Protocol 로고
Lorenzo Protocol 가격(BANK)
$0.04098
$0.04098$0.04098
+1.01%
USD
Lorenzo Protocol (BANK) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel