Tiram mempunyai lebih 55% pengundi Melayu sekali gus sesuai buat DAP mengikis persepsi ia hanya mewakili masyarakat tertentu, selain menguji penerimaan calon MelayuTiram mempunyai lebih 55% pengundi Melayu sekali gus sesuai buat DAP mengikis persepsi ia hanya mewakili masyarakat tertentu, selain menguji penerimaan calon Melayu

Tiram sasaran DAP ulangi ‘formula Bangi’, tawan kerusi campuran majoriti Melayu

2026/06/20 09:30
3분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
penyokong pakatan harapanTiram antara 17 kerusi bakal ditandingi calon DAP yang mewakili Pakatan Harapan (PH) pada PRN Johor, 11 Julai depan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: DUN Tiram, kubu tradisi Umno yang mempunyai lebih 55% pengundi Melayu, mungkin menjadi sasaran DAP mengulangi ‘formula Bangi’ dengan meletakkan calon daripada etnik itu pada PRN Johor, kata penganalisis.

mazlan aliMazlan Ali.

Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata PRU15 menyaksikan DAP mencalonkan Syahredzhan Johan yang mengekalkan Parlimen Bangi, kawasan yang mempunyai lebih 55% pengundi Melayu manakala selebihnya etnik lain.

Tiram juga mempunyai demografi sama dengan Bangi sekali gus sesuai buat DAP mengikis persepsi parti berkenaan hanya mewakili masyarakat bukan Melayu, selain menguji penerimaan calon Melayu parti itu.

“Walaupun majoriti Melayu tetapi jumlah pengundi bukan Melayu juga agak besar.

“Maka kombinasi calon Melayu dengan bentuk demografi agak progresif itu mungkin mendorong DAP meletakkan calon,” katanya kepada FMT.

Kelmarin, Setiausaha agung DAP dipetik berkata Tiram antara 17 DUN bakal ditandingi parti itu yang akan mewakili Pakatan Harapan (PH) pada PRN Johor 11 Julai depan.

Loke Siew Fook dijangka mengumumkan calon DAP di Tiram, Johor Jaya, Bukit Permai dan Senai, hari ini selepas Mengkibol kelmarin. Bakinya akan diumum Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim, Isnin depan.

Sebelum ini, penyandang DUN Skudai Marina Ibrahim dikaitkan dengan DUN Tiram namun beliau enggan mengesahkan ketulenan sepucuk surat didakwa menolak tawaran untuk bertanding di kerusi terbabit.

Terletak dalam Parlimen Tebrau, DUN Tiram boleh dianggap kerusi tradisi Barisan Nasional (BN) yang hanya kalah pada 2018, menyaksikan calon PKR, S Gopalakrishnan, menang dengan majoriti 8,098 undi.

PRN 2022 menyaksikan BN menerusi Umno merampas semula kerusi terbabit dengan kemenangan calonnya Azizul Bachok, yang memperoleh 5,281 undi.

Mazlan berkata kemenangan Azizul tidak semestinya menggambarkan kekuatan mutlak Umno kerana peratus keluar mengundi ketika itu rendah iaitu 57%, selain berlaku dalam suasana pasca pandemik Covid-19.

“Ramai pengundi luar tidak pulang mengundi manakala sebahagian pengundi Cina juga tidak turun mengundi.

“Jadi kali ini mungkin DAP melihat peluang lebih terbuka di Tiram,” katanya.

Wong Chin HuatWong Chin Huat.

Wong Chin Huat dari Sunway University berkata faktor calon menjadi perkara paling penting jika DAP mahu menawan kerusi berkenaan.

Calon itu mesti dikenali pengundi tempatan dan tidak dilihat sebagai ‘calon bidan terjun’, menurut saintis politik ini.

“Calon paling penting mesti seorang yang dikenali pengundi tempatan. Dari segi demografi, Melayu bawah umur 40 mungkin mempunyai kelebihan,” katanya.

azmi hassanAzmi Hassan.

Sementara itu, Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata DAP bertanding di Tiram kerana dilihat mahu membuktikan parti itu diterima pengundi Melayu juga.

“Walaupun strategi meletakkan calon Melayu boleh membantu DAP, tetapi cabarannya besar kerana Umno mempunyai sejarah panjang dan akar umbi kukuh di Tiram,” katanya.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel