Mahkamah Tinggi George Town memutuskan hukuman dua tahun penjara dikenakan Mahkamah Sesyen 'jelas tidak memadai'.Mahkamah Tinggi George Town memutuskan hukuman dua tahun penjara dikenakan Mahkamah Sesyen 'jelas tidak memadai'.

Mahkamah ganda pemenjaraan bekas peguam pecah amanah RM392,000

2026/06/22 12:50
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
mahkamah tinggiHukuman awal penjara dua tahun dikenakan terhadap bekas peguam, Subash Hassan, ditingkatkan kepada enam tahun oleh Mahkamah Tinggi George Town.

PETALING JAYA: Bekas peguam dijatuhi hukuman penjara enam tahun oleh Mahkamah Tinggi George Town kerana menyalahgunakan wang hasil jualan tanah milik anak guamnya berjumlah RM392,000, 10 tahun lalu.

Hakim Rofiah Mohamad mengenakan hukuman penjara lebih panjang terhadap Subash Hassan, dua tahun penjara kepada enam tahun, selepas menyifatkan hukuman diputuskan mahkamah bawahan sebelum ini ‘jelas tidak memadai’.

Subash mengendalikan urusan jual beli sebidang tanah di daerah Barat Daya, Pulau Pinang, 10 tahun lalu.

Peguam pembeli telah membayar RM392,000 ke dalam akaun pelanggan Subash, namun wang itu tidak pernah diserahkan kepada anak guamnya, Ahmad Hussain, mahupun keluarganya sebelum beliau meninggal dunia pada 2021.

Mahkamah Sesyen mendapati Subash bersalah atas pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) tahun lalu dan menjatuhi hukuman penjara dua tahun serta denda RM90,000.

Ketika memerintahkan peningkatan hukuman berkenaan, Rofiah berkata, Ahmad dan ahli keluarganya tidak pernah menikmati wang hasil jualan yang sepatutnya menjadi hak mereka.

Hakim juga berkata, hukuman penjara minimum tidak akan memberi pengajaran atau menimbulkan kegerunan kepada peguam lain.

Rofiah berkata, alasan Subash yang tidak menyerahkan wang tersebut kepada Ahmad atau keluarganya – atas alasan tiada sijil faraid diperoleh – adalah helah yang lemah dan perkara difikirkan terkemudian.

“Ahli keluarga ditinggalkan tangan kosong. Semua ini berpunca daripada pengkhianatan tertuduh.

“Mangsa (Ahmad) meninggal dunia dengan menanggung kekecewaan, kekesalan, dan kesedihan kerana telah mengecewakan ahli keluarganya,” kata Rofiah.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order