Menteri di Jabatan Perdana Menteri (undang-undang dan reformasi institusi) berkata Malaysia berperanan penting dalam membentuk landskap kewangan Islam global.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (undang-undang dan reformasi institusi) berkata Malaysia berperanan penting dalam membentuk landskap kewangan Islam global.

Malaysia berpotensi jadi hab timbang tara Islam global

2026/06/23 12:49
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said ketika merasmikan Persidangan Timbang Tara Islam AIAC 2026 hari ini.

KUALA LUMPUR: Malaysia berada pada kedudukan strategik untuk muncul sebagai hab timbang tara Islam global susulan kekuatan negara dalam sektor kewangan Islam yang kini diiktiraf antara paling maju di dunia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said.

Beliau berkata, perkembangan pesat kewangan Islam, perdagangan halal, wakaf dan pelaburan rentas sempadan mewujudkan keperluan mendesak terhadap mekanisme penyelesaian pertikaian yang diyakini, cekap serta patuh Syariah.

“Malaysia berada pada kedudukan unik dalam perkembangan ini,” katanya ketika berucap pada Persidangan Timbang Tara Islam AIAC 2026.

Menurut beliau, Malaysia bukan sahaja muncul sebagai peneraju kewangan Islam di Asean, malah memainkan peranan penting dalam membentuk landskap industri itu di peringkat global.

Beliau berkata, berdasarkan Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2025, negara menguasai 82% aset perbankan Islam Asean, selain 91% aset takaful dan retakaful serta 75% nilai sukuk tertunggak di rantau ini.

Katanya, pengiktirafan antarabangsa terhadap Malaysia turut diperkukuh apabila negara dinobatkan sebagai negara paling maju dalam kewangan Islam menerusi ICD-LSEG Islamic Finance Development Report 2024, mengatasi Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Azalina berkata, kedudukan itu memberikan asas kukuh kepada Malaysia untuk memimpin pembangunan timbang tara Islam moden yang mampu memenuhi keperluan transaksi global yang semakin kompleks.

“Pihak berkepentingan mesti mempunyai keyakinan pertikaian boleh diselesaikan secara cekap, adil dan dengan mengambil kira ciri unik transaksi patuh Syariah,” katanya.

Menurut beliau, institusi seperti Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) memainkan peranan penting dalam memperkukuh keyakinan terhadap rangka kerja perundangan dan penyelesaian pertikaian yang menyokong ekosistem kewangan Islam.

Beliau berkata, reputasi Malaysia sebagai negara neutral dan mesra timbang tara, disokong rangka kerja perundangan moden, badan kehakiman bebas serta sokongan institusi yang kukuh, turut mengukuhkan daya tarikan negara sebagai pusat arbitrasi serantau.

Katanya, perkembangan timbang tara Islam bukan lagi sekadar kesinambungan tradisi tahkim dalam tamadun Islam, tetapi kini menjadi komponen penting dalam ekonomi global yang semakin saling bergantung.

시장 기회
타락사 코인 로고
타락사 코인 가격(TARA)
$0.00001905
$0.00001905$0.00001905
-1.19%
USD
타락사 코인 (TARA) 실시간 가격 차트

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order