Raden Azrul Amirulla mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu yang dilakukan pada 23 Dis tahun lalu.Raden Azrul Amirulla mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu yang dilakukan pada 23 Dis tahun lalu.

Jurulatih silat mengaku tak salah buat hantaran hasutan berkait Agong

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Raden Mohd Azrul AmirullaRaden Azrul Amirulla didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan hasutan melibatkan hantaran di Facebook berkaitan Yang di-Pertuan Agong.

KUALA LUMPUR: Seorang jurulatih silat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan hasutan melibatkan hantaran yang dimuat naik di media sosial berkaitan Yang di-Pertuan Agong.

Tertuduh, Raden Azrul Amirulla, 36, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Tasnim Abu Bakar.

Raden yang menetap di Sabah didakwa memuat naik hantaran itu di Facebook, yang kemudiannya dikesan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di Menara KPJ kira-kira 2.30 petang, 23 Dis tahun lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda sehingga RM5,000, penjara maksimum tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Shakila Shariff mencadangkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin serta pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah sementara menunggu kes selesai.

Bagaimanapun, peguam bela Farhanna Roslan memohon jaminan yang lebih rendah iaitu kurang daripada RM5,000, dengan alasan anak guamnya berpendapatan antara RM4,000 hingga RM6,000 sebulan serta menanggung ibunya dan enam orang anak.

Beliau juga memohon supaya pasport anak guamnya tidak ditahan, dengan alasan dia bukan seorang yang berisiko untuk melarikan diri.

Mahkamah membenarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan Raden menyerahkan pasportnya.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 13 Julai.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel