Mahkamah Persekutuan dapati penduduk kampung Orang Asli dari Pekan berjaya bukti syarikat swasta telah memusnahkan kubur itu bagi pembangunan taman akuakultur.Mahkamah Persekutuan dapati penduduk kampung Orang Asli dari Pekan berjaya bukti syarikat swasta telah memusnahkan kubur itu bagi pembangunan taman akuakultur.

Kubur nenek moyang musnah, Orang Asli menang rayuan

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Seorang daripada tujuh plaintif Orang Asli, Rosli Jedut, mengucapkan penghargaan kepada peguamnya, Ananthan Moorthi susulan keputusan Mahkamah Persekutuan.

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan tujuh penduduk Orang Asli dari Pekan berkait saman terhadap sebuah syarikat swasta yang memusnahkan kubur nenek moyang mereka bagi pembangunan pertanian.

Panel hakim, diketuai Hakim Nordin Hassan mengembalikan semula keputusan Mahkamah Tinggi pada 2023 yang memihak kepada Rosli Jedut, Atan Baro, Melah Hamid, Awang Bako, Esah Wir, Kasim Awang, dan Majib Kasim.

Mahkamah turut mengekalkan penganugerahan ganti rugi RM140,000 kepada tujuh individu berkenaan.

Turut bersidang bersama Nordin ialah Hakim Vazeer Alam Mydin Meera dan Lee Swee Seng.

Penduduk kampung tersebut menyaman Agrobest (M) Sdn Bhd dan dua pekerjanya bagi menuntut pampasan selepas kubur di Kampung Batu 20 itu dimusnahkan jentolak, lapan tahun lalu.

Pada 2024, Mahkamah Rayuan menolak saman mereka atas alasan tiada kelayakan sah di sisi undang-undang.

Ketika membacakan keputusan mahkamah, Lee berkata Mahkamah Rayuan terkilaf dalam memutuskan tujuh penduduk kampung itu tidak mempunyai kedudukan undang-undang untuk memfailkan saman tersebut.

Katanya, beberapa plaintif telah mengemukakan bukti fotografi mengenai kemusnahan batu nisan nenek moyang mereka, barangan peribadi dikebumikan bersama, serta sijil kematian bagi membuktikan hubungan kekeluargaan dengan si mati.

“Defendan tidak mempertikaikan kewujudan kubur-kubur itu, malah turut menyediakan pelan lakaran menandakan lokasi berkenaan.

“Ia lebih kepada kes sikap tidak sabar mereka untuk memulakan kerja pembangunan kawasan berkenaan menjadi taman akuakultur terbesar di Asia, seperti dinyatakan dalam surat permohonan maaf mereka kepada plaintif, sehingga mereka memulakan kerja pembersihan, termasuk membersihkan kawasan perkuburan dan batu nisan,” kata Lee.

Mahkamah mengambil maklum penduduk kampung telah membuat sekitar 20 laporan polis selepas melihat kubur nenek moyang dimusnahkan, kata hakim itu sambil menambah laporan tersebut tidak boleh dianggap sebagai palsu atau spekulasi semata-mata.

Hak tanah adat tak boleh dilupus

Lee turut menyatakan, Orang Asli mempunyai hak komunal dan hak milik ke atas tanah tempat mereka tinggal, mencari hasil hutan, bercucuk tanam, serta menangkap ikan, walaupun tidak memiliki hak milik tanah.

“Hak kepenggunaan komuniti tersebut merangkumi hak melawat tapak perkuburan nenek moyang mereka sebagai sebahagian hubungan budaya dan rohani mereka dengan tanah yang mereka diami.

“Pengeluaran hak milik tanah (baik kerajaan negeri kepada individu atau organisasi) tidak boleh membatal atau melupuskan begitu sahaja hak adat mereka ke atas tanah berkenaan.

“Pencabulan kubur-kubur ini menyentuh teras maruah mereka dan melanggar hak Perlembagaan mereka,” katanya sambil menambah plaintif berhak mengemukakan tuntutan terhadap penceroboh tersebut.

Peguam Steven Thiru dan Ananthan Moorthi mewakili tujuh Orang Asli tersebut, manakala Henry Ngok dan Ng Si Hui bertindak bagi pihak syarikat serta pekerjanya.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel