Kerusi itu termasuk lapan dimenangi Umno-BN dan Puteri Wangsa dikuasai Muda pada pilihan raya lalu.Kerusi itu termasuk lapan dimenangi Umno-BN dan Puteri Wangsa dikuasai Muda pada pilihan raya lalu.

Bersama tanding 15 kerusi di PRN Johor

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Parti Bersama Malaysia berkata kerusi itu dinilai berdasarkan faktor demografi pengundi dan kecenderungan pengundian, hasil dapatan kaji selidik serta data yang dikumpulkan sepanjang enam bulan lalu.

PETALING JAYA: Parti Bersama Malaysia mengumumkan akan bertanding di 15 kerusi dalam PRN Johor, dengan lebih separuh daripadanya merupakan kerusi yang dimenangi Umno-Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya lalu.

Dalam satu kenyataan, parti itu berkata pemilihan kerusi dibuat berdasarkan demografi pengundi dan kecenderungan pengundian, hasil dapatan kaji selidik serta data yang dikumpulkan sepanjang enam bulan lalu.

Kerusi yang dimaksudkan ialah Bukit Naning, Mahkota, Tiram, Puteri Wangsa, Johor Jaya, Permas, Larkin, Stulang, Perling, Kempas, Skudai, Kota Iskandar, Bukit Permai, Bukit Batu dan Senai.

Bersama turut mengambil kira tahap sokongan terhadap parti itu setakat ini ketika memilih kerusi, yang dicerminkan menerusi jumlah keahlian di peringkat kawasan Parlimen serta kecenderungan ahli di kawasan berkenaan.

Menurut Bersama, proses pemilihan itu juga mempertimbangkan kesesuaian calon, termasuk perintis parti di Johor dan sukarelawan lain.

Parti itu menggesa ahli dan anggota masyarakat yang berminat untuk berkhidmat sebagai sukarelawan kempen di kawasan berkenaan supaya mula mendaftar di bersama.org.

“Sistem ejen undi telah dibuka untuk pendaftaran,” katanya.

Bersama turut mengumumkan bahawa platform kempen bersepadunya, yang membolehkan ahli dan sukarelawan di seluruh negara memilih aktiviti pilihan raya berdasarkan tarikh, masa, lokasi dan jenis aktiviti, akan dilancarkan esok.

“Bersama berhasrat untuk merintis kempen pilihanraya moden yang tidak memerlukan perbelanjaan pilihanraya yang besar dengan mengaktifkan seberapa ramai ahlinya dan orang ramai untuk membantu kempen di 15 kerusi ini secara sukarela,” katanya.

Terdahulu hari ini, Pemimpin Bersama, Rafizi Ramli, berkata seramai 73 individu telah menawarkan diri sebagai calon parti itu dalam PRN Johor, dengan senarai pendek calon dijangka diumumkan pada Jumaat.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order