Ketua Penerangan PN Annuar Musa berkata perbincangan kerusi bertindih akan disambung dalam rundingan esok.Ketua Penerangan PN Annuar Musa berkata perbincangan kerusi bertindih akan disambung dalam rundingan esok.

PRN Johor: Rundingan kerusi PN belum selesai, masih ada bertindih

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
faizal azumu annuar musaAnnuar Musa ditemui selepas mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Kerusi PN sempena PRN Johor yang turut dihadiri wakil Bersatu Ahmad Faizal Azumu.

KUALA LUMPUR: Rundingan agihan kerusi Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi PRN Johor belum dimuktamadkan sepenuhnya susulan masih ada DUN bertindih antara parti komponennya.

Ketua Penerangan PN Annuar Musa berkata proses rundingan membabitkan PAS, Bersatu, MIPP dan Gerakan masih berjalan, dengan lebih separuh daripada 56 kerusi sudah diselesaikan setakat ini.

Beliau berkata Jawatankuasa Perundingan Kerusi PN diwakili dua wakil daripada setiap parti dan dipengerusikan Ketua Pengarah Pilihan Raya PN Sanusi Nor.

“Ada beberapa kerusi yang tidak bertindih, itu sudah selesai. Yang bertindih pula kita setuju sambung esok untuk diselesaikan.

“Kebanyakan kerusi sudah selesai, lebih separuh,” katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Kerusi PN sempena PRN Johor di Pejabat Agung PAS.

Selain Sanusi dan Annuar, pemimpin terbabit dalam rundingan itu antaranya Naib Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu dan Pemangku Ketua Wanita Bersatu Nolee Ashilin Mohammed Radzi.

Turut hadir Presiden Gerakan Dominic Lau dan Presiden MIPP, P Punithan.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, PN akan bertanding menggunakan lambang gabungan itu pada PRN Johor, sekali gus menolak spekulasi kononnya lambang Barisan Nasional (BN).

“Ya, PN akan bertanding. Sebab itu kita buat rundingan kerusi, sebab nak masuk bertanding.

“Kalau tak masuk bertanding, duduk rumah sahajalah,” katanya yang memaklumkan Parti Wawasan Negara (Wawasan) dan Pejuang tidak terlibat dalam rundingan kerusi hari ini.

Annuar berkata, PN dijangka mengumumkan calon pada Khamis ini sekiranya rundingan agihan kerusi dapat dimuktamadkan.

“Kita umumkan nanti bila semua dah selesai,” katanya.

Market Opportunity
Cardano Logo
Cardano Price(ADA)
$0,1504
$0,1504$0,1504
-0,39%
USD
Cardano (ADA) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order