Kajian mendapati 93.8% graduan berjaya mendapat pekerjaan dengan alumni kini bekerja dalam pelbagai bidang daripada farmasi hingga kardiologi di Malaysia dan luarKajian mendapati 93.8% graduan berjaya mendapat pekerjaan dengan alumni kini bekerja dalam pelbagai bidang daripada farmasi hingga kardiologi di Malaysia dan luar

Lebih 2,800 pelajar program Tunas Yayasan Peneraju tamat pengajian

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Johanes Dedi Kanchau dari Sarawak melanjutkan pengajian PhD dalam perubatan (kardiologi) di UiTM manakala Nazrul Adrian Abdullah dari Terengganu yang menamatkan sarjana farmasi di University College London kini ahli farmasi utama di sana.

PETALING JAYA: Lebih 2,800 pelajar Bumiputera program Tunas Yayasan Peneraju (YP) menamatkan pengajian sejak penubuhannya pada 2011 dengan kebanyakan mereka bekerja atau melanjutkan pelajaran.

YP berkata, Peneraju Tunas Geliga, membantu pelajar sekolah menengah melalui penempatan ke sekolah berasrama penuh dan kem kepimpinan, serta Peneraju Tunas Potensi yang menawarkan pendidikan tinggi di dalam dan luar negara kini berakhir.

Katanya, daripada 1,415 pelajar yang berdaftar bawah Tunas Geliga seramai 1,286 menamatkan pengajian, manakala 1,538 daripada 1,638 penerima biasiswa Tunas Potensi juga berjaya berbuat demikian.

Menurut YP, kajian impak pada 2025 mendapati 93.8% graduan Tunas Potensi berjaya mendapat pekerjaan, manakala 23.4% menyambung pengajian pascasiswazah. Dalam kalangan alumni Tunas Geliga pula, 82% melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma atau ijazah.

Kisah kejayaan termasuk Johanes Dedi Kanchau dari Sarawak, yang mengatasi kekangan kewangan untuk menghadiri temu duga program di Kuching sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat PhD dalam bidang perubatan (kardiologi) di Universiti Teknologi Mara.

Seorang lagi graduan, Nazrul Adrian Abdullah dari Terengganu, menamatkan pengajian sarjana farmasi di University College London dan kini merupakan ahli farmasi utama di sana.

Enggelia Machop dari Kapit, Sarawak, menyifatkan program itu membantunya meningkatkan keyakinan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Dia menamatkan pengajian dengan kepujian kelas pertama dalam bidang pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Dalam kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif YP, Ibrahim Sani, berkata organisasi itu sudah memberi manfaat kepada lebih 93,000 individu melalui inisiatif pembangunan bakatnya.

Beliau berkata, YP kekal memberi tumpuan kepada memperkukuh penyertaan Bumiputera dalam bidang bernilai tinggi seperti kecerdasan buatan, keselamatan siber, pengkomputeran awan, data, dan perakaunan profesional.

“YP akan terus memperkukuh penyertaan Bumiputera dalam bidang profesional dan teknologi bernilai tinggi selaras Ekonomi Madani, PuTERA35 dan RMK13,” katanya, memaklumkan matlamatnya adalah untuk melahirkan 10,000 pencipta nilai dan mencapai 100,000 bakat menjelang 2030.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order