Kit hasil segera itu akan digunakan untuk kesan dadah seperti Piu Piu yang dicampur dalam vape, menyebabkan pemandu khayal.Kit hasil segera itu akan digunakan untuk kesan dadah seperti Piu Piu yang dicampur dalam vape, menyebabkan pemandu khayal.

Polis guna kit air liur kesan pemandu salah guna dadah sintetik

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
roadblock polis sekatan jalan rayaPolis akan guna kit ujian air liur untuk kesan salah guna dadah sintetik seperti Piu Piu atau Magic Mushroom ketika sekatan jalan raya.

KUALA LUMPUR: Polis akan menggunakan kit ujian air liur bagi mengesan penggunaan dadah sintetik yang dicampur ke dalam cecair rokok elektronik atau vape dalam sekatan jalan raya sebagai langkah membendung individu memandu di bawah pengaruh bahan terlarang itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Hussein Omar Khan berkata, langkah itu dilaksanakan susulan berlaku kemalangan jalan raya membabitkan pemandu yang khayal dengan dadah jenis itu kebelakangan ini.

“Keadaan ini membimbangkan, terdapat pengguna jalan raya yang memandu sambil menghisap dadah sintetik yang dimasukkan ke dalam vape ini … tanpa sedar, mereka khayal secara perlahan-lahan,” katanya dalam sidang media.

Hussein berkata, Piu Piu atau Magic Mushroom bukanlah nama jenis dadah tetapi merupakan satu terma untuk pasaran dan promosi dadah jenis cecair sintetik yang dimasukkan dalam peranti rokok elektronik.

“Dadah ini mudah diperoleh sama ada melalui pembelian secara dalam talian, di pusat-pusat hiburan dan dijual dalam kalangan mereka yang menggunakan dadah itu.

“Pengambilan dadah ini menyebabkan penggunanya khayal hingga hilang pertimbangan (dan) kewarasan diri,” katanya.

Hussein berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan jumlah kemalangan jalan raya akibat daripada pengambilan dadah ini akan meningkat, sekali gus menyebabkan lebih banyak nyawa terancam, terutamanya pengguna jalan raya lain.

Katanya, dengan kit itu, hasil ujian salah guna dadah dapat diperoleh segera.

Dalam perkembangan berkaitan, Hussein berkata, JSJN mencatat 108 kes membabitkan 138 tangkapan berkaitan penggunaan cecair dadah sintetik di seluruh negara sepanjang tahun lepas.

Bagaimanapun, sehingga 10 Jun tahun ini sahaja, 168 kes dengan 267 tangkapan direkodkan, menunjukkan peningkatan ketara dalam penyalahgunaan bahan terlarang itu.

Market Opportunity
Star Atlas DAO Logo
Star Atlas DAO Price(POLIS)
$0.00897
$0.00897$0.00897
-7.43%
USD
Star Atlas DAO (POLIS) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order