Seramai 2,727,926 pengundi berdaftar layak memilih pada PRN Johor ke-16.Seramai 2,727,926 pengundi berdaftar layak memilih pada PRN Johor ke-16.

Gelanggang PRN Johor dibuka rebut 56 DUN

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Proses penamaan calon di 56 pusat akan dibuka selama sejam bermula 9 pagi ini. (Gambar Bernama)

JOHOR BAHRU: Tirai PRN Johor ke-16 dibuka secara rasmi pagi ini dengan proses penamaan calon di 56 pusat penamaan calon (PPC) di seluruh negeri bermula 9 pagi.

Bakal calon mempunyai tempoh sejam, iaitu hingga 10 pagi untuk menyerahkan borang pencalonan masing-masing kepada pegawai pengurus pilihan raya, sebelum senarai calon layak bertanding diumumkan secara rasmi.

Sejurus pengisytiharan itu, ‘gendang perang’ pilihan raya akan mula dipalu dengan bermulanya tempoh berkempen selama 14 hari sehingga 11.59 malam, 10 Julai depan, seperti yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Tarikh pengundian awal bagi PRN Johor pada 7 Julai dan hari pengundian pada 11 Julai selepas DUN dibubarkan pada 1 Jun.

Setakat pagi semalam, sebanyak 593 borang pencalonan telah terjual, manakala 133 bakal calon disahkan telah menjelaskan bayaran deposit bagi mengesahkan penyertaan mereka.

Mengikut statistik SPR, PRN Johor kali ini menyaksikan sebanyak 2,727,926 pemilih berdaftar, terdiri 2,703,175 pengundi biasa, 12,041 anggota tentera dan pasangan, serta 12,710 anggota polis dan pasangan.

Suhu politik di negeri ini dijangka memuncak dengan penampilan gabungan calon muka baharu, penyandang, selain kemunculan semula bekas wakil rakyat yang dipertaruhkan parti masing-masing bagi merebut 56 DUN.

Pakatan Harapan (PH) meletakkan calon di semua 56 DUN melibatkan agihan 20 calon daripada PKR, Amanah (19), dan DAP (17).

Barisan Nasional (BN) turut bertanding di semua kerusi dengan menampilkan 36 calon Umno, MCA (16) serta MIC (empat).

Perikatan Nasional (PN) pula mengumumkan bertanding menerusi PAS di 11 kerusi DUN, Bersatu (16), Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) (lima), manakala Pejuang satu.

Persaingan kali ini turut melibatkan penyertaan Muda bertanding empat kerusi, Parti Sosialis Malaysia (PSM) satu calon serta kemunculan pertama Parti Bersama Malaysia (Bersama) yang bertanding 15 DUN.

Dalam pada itu, semakan pada portal Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan di beberapa kawasan sekitar Johor pada sebelah pagi, manakala ribut petir dijangka berlaku pada sebelah petang.

Sebanyak 4,832 anggota polis ditugaskan mengawal keselamatan serta kelancaran lalu lintas hari ini, termasuk menguruskan penutupan dan lencongan 19 jalan utama berhampiran PPC di seluruh negeri.

Sebelum pembubaran DUN Johor pada 1 Jun, BN menguasai 40 kerusi diikuti PH (12), PN (tiga), manakala Muda (satu).

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Newbies:Deposit $100, Get $1,000

Newbies:Deposit $100, Get $1,000Newbies:Deposit $100, Get $1,000

Plus Up to a $50 Referral Bonus