Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata pengunduran Puad Zarkashi hidupkan semula persoalan sama ada pilihan parti jadi penentu akhir walau perkenan istana sebahagianAhmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata pengunduran Puad Zarkashi hidupkan semula persoalan sama ada pilihan parti jadi penentu akhir walau perkenan istana sebahagian

Episod Hasni kembali bayangi autonomi Umno Johor, kata penganalisis

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Puad Zarkashi Hasni Mohammad Onn Hafiz Ghazi tile pic 26626Pengunduran Puad Zarkashi daripada Umno boleh hidupkan semula persoalan berlatar peristiwa Hasni Mohammad diketepi bagi beri laluan kepada Onn Hafiz Ghazi dilantik menteri besar Johor.

PETALING JAYA: Penganalisis menyifatkan pengunduran Puad Zarkashi daripada Umno menghidupkan semula persoalan autonomi parti itu di Johor, berlatar belakang peristiwa selepas Barisan Nasional (BN) menang majoriti dua pertiga pada PRN 2022.

Walaupun Hasni Mohammad yang mengetuai Umno Johor dijadikan ‘poster boy’ sepanjang kempen pilihan raya itu, Onn Hafiz Ghazi mengangkat sumpah jawatan menteri besar selepas mendapat perkenan istana.

Kelmarin, Puad memberi alasan keluar Umno selepas mendakwa parti itu tidak lagi bebas membuat keputusan termasuk berhubung pembubaran DUN Johor yang dinafikan Onn Hafiz.

Ketua Umno Johor itu menolak dakwaan istana mengarahkan pembubaran DUN dengan menjelaskan beliau menghadap Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk mendapatkan perkenan mengikut proses perlembagaan negeri.

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri dari Global Asia Consulting berkata, pertikaian dua pemimpin itu membuka semula perdebatan mengenai garis pemisah antara kuasa parti politik dan peranan institusi raja berperlembagaan.

“Kita perlu bijak membezakan proses perlembagaan yang sah daripada persepsi keterikatan parti yang berlebihan.

“Parti memperoleh mandat memerlukan ruang menentukan dasar dan hala tuju pentadbiran manakala institusi diraja pula mempunyai fungsi perlembagaan sebagai pengimbang kestabilan,” katanya kepada FMT.

Mengimbau PRN Johor 2022, Zaharuddin berkata episod itu menunjukkan pilihan parti tidak semestinya menjadi keputusan akhir dalam pembentukan kerajaan negeri.

“Peristiwa ini mengesahkan mandat pilihan raya tidak secara automatik menjamin kuasa eksekutif mutlak tanpa mengambil kira faktor perkenan istana,” katanya.

Bagaimanapun, Zaharuddin berkata keadaan itu tidak dengan sendirinya membuktikan wujud campur tangan dalam politik kepartian.

“Teguran dari istana harus dilihat sebagai kompas moral dan sosial, bukannya campur tangan politik partisan,” katanya.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara pula berkata, episod itu mencerminkan keunikan hubungan antara istana dan politik di Johor, selain menunjukkan cara Umno negeri mengurus perubahan tersebut tanpa mencetuskan pertikaian lebih besar.

“Ini diperkatakan semasa itu, lain ‘poster boy’ lain yang jadi menteri besar,” katanya yang melihat dinamik sedemikian sukar dibandingkan secara langsung dengan keadaan politik di negeri lain.

“Dan dalam hal campur tangan istana, dalam hal politik, Johor adalah begitu unik sekali,” katanya.

Namun, beliau berpandangan tindakan Puad keluar Umno tidak akan mendapat sokongan meluas atau menjejaskan momentum parti itu pada PRN Johor 11 Julai ini.

“Ini isu peribadi Puad yang tidak akan mendapat sokongan daripada ahli Umno lain ataupun yang boleh merencatkan momentum Umno itu sendiri,” katanya.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002769
$0.00002769$0.00002769
+5.00%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order