Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata partinya akan terus bekerja keras berdasarkan kekuatan sendiri, namun tetap terbuka membantu calon rakan dalam PN jikaPresiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata partinya akan terus bekerja keras berdasarkan kekuatan sendiri, namun tetap terbuka membantu calon rakan dalam PN jika

Bersatu terima jika PAS tak bantu kempen PRN Johor, kata Muhyiddin

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Sahruddin Jamal dan Muhyiddin YassinMuhyiddin Yassin bersama calon PN Bukit Kepong Dr Sahruddin Jamal selepas proses penamaan calon.

PAGOH: Bersatu menerima pendirian PAS yang tidak akan menggunakan jentera pilihan rayanya untuk membantu kempen calon parti itu walaupun mewakili Perikatan Nasional (PN) pada PRN Johor, kata Presidennya Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata walaupun prinsip dalam Perikatan Nasional (PN) sepatutnya berasaskan kerjasama dan saling membantu, Bersatu tidak mahu memaksa mana-mana pihak memberi sokongan.

“Tak apalah, saya tak minta siapa nak bantu.

“Siapa nak bantu, bantulah. Walaupun dari segi prinsip PN sepatutnya saling membantu, kalau ada rakan yang tak nak bantu, kita terimalah,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Presiden PAS Hadi Awang.

Beliau berkata demikian selepas mengiringi calon PN Bukit Kepong Dr Sahruddin Jamal ke pusat penamaan calon.

Semalam, Hadi berkata parti itu tidak akan menggunakan jentera pilihan rayanya untuk membantu kempen calon Bersatu pada PRN Johor.

Hadi sebelum ini berkata ‘perceraian’ PAS dan Bersatu, termasuk jentera kempen bergerak berasingan, bukan strategi politik bagi memperkukuh PN menjelang pilihan raya.

Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari pula berkata jenteranya dari kawasan dan DUN ditandingi Bersatu diarah bertugas di DUN ditandingi PAS dan parti komponen PN yang lain.

Ditanya sama ada Bersatu akan membantu calon rakan dalam PN, termasuk PAS, Muhyiddin berkata partinya kekal dengan sikap terbuka.

“Kalau mereka mahu sokongan kita, kita akan bantu.

“Amalan dan sikap kita terbuka,” katanya.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002707
$0.00002707$0.00002707
+2.65%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order