Ketua Setiausaha PH itu berkata gabungan berkenaan akan mengumumkan manifestonya untuk PRN Johor dalam masa terdekat.Ketua Setiausaha PH itu berkata gabungan berkenaan akan mengumumkan manifestonya untuk PRN Johor dalam masa terdekat.

PH akan umum manifesto realistik, mudah difahami rakyat, kata Saifuddin

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Saifuddin NasutionSaifuddin Nasution Ismail bercakap pada sidang media bersama calon PH di Kulai.

JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) akan melancarkan manifestonya bagi PRN Johor dalam masa terdekat dengan mengetengahkan tawaran lebih realistik, praktikal dan mudah difahami rakyat, kata Saifuddin Nasution Ismail.

Ketua Setiausaha PH itu berkata manifesto tersebut akan dimuktamadkan Isnin ini menerusi mesyuarat bersama pimpinan tertinggi gabungan itu.

Saifuddin yang juga pengarah pilihan raya PKR berkata manifesto PH akan menekankan aspek penting seperti kestabilan ekonomi, kebajikan rakyat, tadbir urus yang baik, peningkatan hasil negeri dan pengagihan adil kepada rakyat.

Ujar beliau, antara teras utama manifesto ialah keperluan Johor ditadbir gabungan bergerak seiring dengan Kerajaan Persekutuan bagi membolehkan negeri itu menikmati lebih banyak manfaat dan pembangunan.

“Manifesto ini satu yang realistik dan rakyat boleh faham dan terkait dengan mereka” katanya pada sidang media di Kulai.

PRN Johor pada 11 Julai depan menyaksikan PH bertanding di semua 56 kerusi, sama seperti Barisan Nasional (BN) yang tampil selaku pemenang pilihan raya negeri itu, empat tahun lalu.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata Pengerusi PH Anwar Ibrahim akan turun dalam ceramah ‘grand finale’ PH di Johor pada 9 Julai ini.

“Grand finale (nanti) dia akan cuba datang. Dua hari sebelum undi.

“Itu semua presiden parti akan turun,” katanya.

Beliau juga secara berseloroh berkata kehadiran perdana menteri di Johor juga bergantung kepada prestasinya dan Naib Presiden PKR, Amirudin Shari dalam mengurus jentera parti.

“Kalau beliau puas hati dengan ‘prestasi’ saya dan Amirudin, dia kata tak perlu (datang),” katanya.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0,0000271
$0,0000271$0,0000271
+2,76%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order