Perkara itu sebaliknya berlaku disebabkan kekeliruan pihak waris dalam penyerahan urusan pengebumian yang turut libat sebuah NGO, kata Jais.Perkara itu sebaliknya berlaku disebabkan kekeliruan pihak waris dalam penyerahan urusan pengebumian yang turut libat sebuah NGO, kata Jais.

Jais nafi masjid sebabkan kelewatan kebumi jenazah di Hulu Kelang

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
jaisJais nasihati umat Islam agar rujuk pihak pengurusan masjid di kariah masing-masing bagi urusan pengebumian jenazah untuk pastikan perkara itu dilaksanakan secara teratur.

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menafikan kelewatan urusan pengebumian jenazah di Tanah Perkuburan Islam, Ukay Perdana, Hulu Kelang yang tular Khamis lepas disebabkan pihak Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan Dalam.

Pengarah Jais Shahzihan Ahmad berkata, sebaliknya perkara itu berlaku disebabkan kekeliruan pihak waris dalam penyerahan urusan pengebumian yang turut melibatkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO), iaitu Badan Kebajikan Salatulrahim (BKS).

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa pihak masjid menuntut bayaran RM1,400 daripada waris bagi membolehkan jenazah diuruskan.

“Hasil siasatan dan semakan pihak Jais mendapati jenazah tersebut merupakan ahli kariah Masjid Nurul Hidayah dan telah meninggal dunia pada 6.22 pagi, 25 Jun lepas.

“Pada peringkat awal, waris telah berurusan dengan BKS yang tidak mempunyai kaitan dengan pihak masjid bagi tujuan pengebumian jenazah dan waris berhasrat untuk mengebumikan jenazah di tanah perkuburan di lokasi Tanah Perkuburan Islam, Ukay Perdana yang terletak di bawah seliaan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ),” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, Shahzihan berkata, bapa si mati kemudian berjumpa dengan pembantu pengurus Masjid Nurul Hidayah pada 10.30 pagi untuk mendapatkan Borang Permohonan Pengebumian Jenazah Islam yang diperlukan bagi membolehkan jenazah dikebumikan di lokasi itu, selain bersetuju pihak masjid mengambil alih daripada BKS untuk meneruskan urusan pengebumian.

Susulan itu, katanya, pihak masjid telah mengeluarkan Borang Permohonan Pengebumian Jenazah Islam pada 11.15 pagi setelah menerima Daftar Kematian yang asal namun kemudian dimaklumkan bahawa datuk si mati berkeras untuk jenazah diuruskan oleh BKS.

“Mengambil kira kemungkinan berlaku kekecohan di tempat pengurusan jenazah, pihak masjid telah meminta bantuan polis untuk bersama pihak masjid ke tempat pengurusan jenazah,” katanya.

“Semasa pihak masjid tiba di tempat pengurusan jenazah di Surau An-Nur, Taman Cempaka, pihak masjid dimaklumkan bahawa jenazah telah dibawa ke tanah perkuburan Islam oleh pihak BKS dalam keadaan Borang Permohonan Pengebumian Jenazah Islam dan Daftar Kematian si mati masih berada dalam pegangan pihak masjid,” katanya.

Shahzihan berkata, disebabkan waris terus membawa jenazah ke tanah perkuburan tanpa kedua-dua dokumen yang sah, urusan pengebumian jenazah tidak dapat diselesaikan sehinggalah pihak masjid dihubungi oleh pihak pengurusan Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana yang memaklumkan bahawa jenazah telah berada di liang lahad.

Katanya, pihak masjid kemudiannya telah membawa dokumen yang sah tersebut ke tanah perkuburan untuk membolehkan pengebumian berkenaan disempurnakan.

“Pihak masjid juga mendapati bahawa Borang Permohonan Pengebumian Jenazah Islam yang dikemukakan oleh waris kepada pengurusan kubur yang membolehkan keberadaan jenazah di liang lahad didapati palsu.

“Oleh itu, satu laporan polis telah dibuat berkaitan pemalsuan dokumen tersebut pada 26 Jun,” katanya.

Justeru, beliau menasihatkan masyarakat Islam untuk merujuk terus kepada pihak pengurusan masjid di kariah masing-masing bagi urusan pengebumian jenazah untuk memastikan perkara itu dilaksanakan secara teratur dan mengelak berlaku kelewatan pengebumian.

Shahzihan berkata, Jais juga menegaskan pendirian bahawa pengurusan jenazah orang Islam hendaklah disegerakan dan tidak dilengahkan disebabkan kepentingan peribadi pihak tertentu.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.0000271
$0.0000271$0.0000271
+2.76%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order