Polis akan mengambil tindakan lanjut sebaik menerima arahan selanjutnya daripada Jabatan Peguam Negara, kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.Polis akan mengambil tindakan lanjut sebaik menerima arahan selanjutnya daripada Jabatan Peguam Negara, kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.

Kertas siasatan kes anggota polis pukul pemuda masih di AGC

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
jabatan peguam negara AGCPemuda berusia 20 tahun yang dikenali sebagai Daniel mendakwa dipukul berulang kali serta dilecurkan menggunakan puntung rokok dan pemetik api oleh anggota polis di Balai Polis Bandar Kinrara.

PETALING JAYA: Kertas siasatan berhubung seorang pemuda 20 tahun yang didakwa dipukul anggota polis pada November tahun lalu masih berada di Jabatan Peguam Negara (AGC), lebih enam bulan selepas polis melengkapkan siasatan.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, berkata polis telah merujuk kertas siasatan itu kepada AGC pada 24 Disember tahun lalu.

“Polis akan mengambil tindakan lanjut sebaik menerima arahan selanjutnya daripada AGC,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen kepada Lim Lip Eng (PH-Kepong) yang bertanyakan perkembangan terkini kes berkenaan.

Saifuddin berkata, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) turut menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan serangan tersebut.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Daniel mendakwa dipukul anggota polis di Balai Polis Bandar Kinrara selepas ditahan pada 15 November di rumah datuknya di Banting.

Menurutnya, beberapa anggota polis memasuki rumah itu dengan alasan mahu mendapatkan bantuan membaiki motosikal mereka sebelum memperkenalkan diri sebagai polis dan memukulnya sehingga dia mengaku melakukan satu kes rompakan.

Daniel turut mendakwa dipukul berulang kali selain bibirnya dilecurkan menggunakan puntung rokok dan pemetik api. Laporan perubatan mengesahkan dia mengalami kecederaan tisu lembut serta kesan lecur pada bibir.

Polis kemudian memaklumkan penahanan itu berlaku akibat kesilapan pengecaman identiti dan tiada sebarang pertuduhan dikenakan terhadapnya.

Pada Disember lalu, Bukit Aman memaklumkan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00001463
$0.00001463$0.00001463
-42.60%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs